Latar Belakang

MHBN ditubuhkan pada 9 Januari 2008 berikutan isu kenaikan harga dan masalah bekalan barangan perlu (essential goods) yang menjejaskan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

MHBN berperanan melindungi kepentingan rakyat daripada kenaikan harga barangan yang tidak munasabah, memastikan bekalan barangan yang mencukupi dan membendung kenaikan kadar inflasi bagi pembangunan ekonomi yang optimum.

 Bidang Tugas

·         Mengukuhkan mekanisme pemantauan harga -Melantik 2,000 graduan baru sebagai Pegawai Pemantau Harga;

·         Pusat Sumber Maklumat (Intelligence) Pasaran - untuk membangunkan pangkalan data;

·         Memperkenalkan mekanisma kestabilan harga dan inisiatif untuk membendung inflasi;

·         Memastikan bekalan barangan yang mencukupi;

·         Mengkaji semula rangka peraturan berkaitan dengan mekanisma harga dan struktur pasaran;

·         Penglibatan aktif orang awam  - Pusat Panggilan Nasional (National Call Centre 1-800-886-800;
Make a Free Website with Yola.